Followers

Tuesday, 21 May 2013

Hati Dan Jiwa Yang Kosong

Assalamualaikum. Pernah tak korang rasa jiwa dan hati korang kosong sekosong-kosongnya ? Hari hari yang mendatang pun kita rasa benda yang sama dan macam terasing dengan dunia padahal sekeliling kita ada ibu ayah, adik abang kakak and kengkawan.

Bila kita sendiri kita akan berkata "AKU NI  TAKDE PERASAAN KE ?" sebab semuanya kosong dalam jiwa. Sebenarnya kita ni dah hanyut sangat dengan dunia yang serba moden. Arus teknologi, sosial membuatkan kita alpa dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Dan paling penting bila jiwa dah kosong syaitan mudah menghasut kita. Nauzubillah.

Kita solat, kita buat semua yang Allah suruh tapi kenapa hati tetap kosong ? Sepatutnya hati tu terisi dan jiwa kita tenang kan ? Ni tak, dah solat pun tetap kosong. Macam kita ni patung yang takde perasaan. Cuba tanya hati kita ? Tanya "apa khabar hati ?" "adakah hati ini di penuhi dengan zikrullah ?"
Sihat kah hati kita ? Atau mungkin ianya sakit tanpa kita sedar ? Atau lagi teruk, adakah hati kita dah mati ?

Pernah kah kita merasakan diri kita keseorangan ? Di dalam menghayati dugaan yang berliku. Tanpa ada sesorang pun yang membimbing kita. Sedangkan hakikatnya mereka dekat sangat dengan kita. Tak pernah langsung tinggalkan kita.

Bila kita bercinta kita pasti akan menangis bila kehilangan dia. Mengapa air mata tu jatuh tika kita melepaskan dia pergi dengan hati yang rela. Dan kita memandang dengan sayu semua bayangan itu dengan hati yang berat. Menangisi pemergiannya sedangkan dia pernah memberikan kita sinar kebahagiaan. Kita ikhlas melepaskannya tetapi KENAPA MESTI AIR MATA MENGALIR ?

Dan kadang kadang kita merintih sayu mengingati wajah yang pernah memberikan kita kebahagiaan. Mengapa mesti ada rindu jika dia tidak bersama kita lagi ? Dan merasakan saat saat kebahagian, kemanjaan dan keromantisan masa lalu ? Sedangkan kita tahu benda tu tak akan sesekali kembali ! Mengapa masih ada bayangan semalam tika wajah dia tiada di sisi kita ?

Itulah tanda jiwa kita tidak tenang, jiwa kita tiada pegangan yang kukuh. Jiwa kita semakin lama semakin hitam dengan segala dosa dosa yang kita lakukan. Semakin hitam hati kita semakin jauh lah kita melupakan pencipta kita.

Saat hati kita rasa sunyi dan kosong, carilah Allah. Allah itu dekat. 
Saat kita rasa sunyi, mungkin yang terbaik carilah sahabat-sahabat yang mampu 'mentarbiyah' diri kita. Yang mampu menegur kita jika kita terleka. Yang mampu mendekatkan kita dengan Allah, yang mampu membantu kita mencari hidayah Allah. Sungguh, hidayah tidak datang bergolek, ia perlu dicari.. Dan saat hidayah itu datang, kadangkala kita perlu cepat menyambarnya jangan sampai ia terlepas. 
Carilah tarbiyah. Kita dijadikan dengan fitrah hati yang sukakan tarbiyah atau dengan kata lainnya didikan islam yang baik dan sempurna. Saat kita menafikan fitrah yang Allah ciptakan ini jiwa kita pasti resah gelisah dan tak menentu. Sungguh, jika kita mampu merasakan kegelisahan itu, itu  tandanya Allah sengaja menitipkannya agar kita berusaha memenuhi fitrah hati kita. Hati yang keras mungkin tidak akan mampu rasa gelisah apabila dia cuba menafikan fitrah itu.


Salah satu tips untuk menghindari JIWA KOSONG dengan mengamalkan membaca SURAH ALAM NASYRAH, hembuskan ke tapak tangan dan sapukan pada kepala , muka dan badan kita. Insya Allah akan dilapangkan dari segala kesulitan yang mencengkam jiwa.

Surah Alam Nasyrah : Surah ke- 94 yang bermaksud : Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu ? Dan kami telah menghilangkan darimu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Tip-tip mengisi kekosongan hati :
-Dekatkan lah diri kepadanya.
-Solat taubat minta ampun kepadanya.
-Zikrullah lah selalu sehingga jiwa itu terisi.
-Baca ayat ayat sucinya iaitu Al-Quran.
-Tanya dan berdamping dengan guru guru yang berilmu agama, InsyaAllah hati tu akan terisi.

Letakkan akhirat didalam hati, dan dunia itu di dalam genggaman.
Seimbang duniawi dan uhkrawi itu perlu.

#juga mengingatkan diri yang selalu lupa.
#Aku menulis bukanlah bererti aku hebat, tetapi aku hanya ingin berkongsi apa yang aku rasa.

Sharing is LOVING. LOVING is MAWADDAH. 

Wallahua'lam.






Sunday, 12 May 2013

Chinese look ? Mix or chinese ?

Assalamualaikum, hai. Semoga semuanya sihat dan baik baik okay. Kalau tak sihat tu makan ler ubat. Macam taktau lak kan. Entry kali ni nak cakap pasal muka sebiji sepesen macam chinese. Hahaha. Macam kena je dengan diri ni. Hihihi.


Okay, okay. Bila aku pergi mana mana orang mesti pandang jika sebelah aku tu lelaki or perempuan melayu. Hahaha. Maybe dalam kepala dorang pikir macam ni "lelaki tu chinese tapi jalan dengan orang melayu" haha. maybe lah kot. Aku mana reti nak baca pikiran orang ni. Kalau reti pun aku diam jer. Hahaha istimewa tu weii boleh baca pikiran orang. :P
                             
******************************

Yang atas tu satu kes, ada lagi kes lain. Apa ni kes kes ? Dah macam Detective Conan lak nak huraikan segala kes. Hahaha. Bila aku masuk kedai yang memang pemiliknya chinese or pekerja dia chinese mesti nak cakap mandarin dengan aku. Haaa ! Time tu aku memang diam jer sebab tak paham. And bila dia dah habis bebel kan aku cakap lah "I'm sorry. I don't know what you talk. I'm malay not chinese" And amoi tu cakap lah "haiya, mati mati saya ingat awak chinese lah. Muka you nampak chinese sangat". Yang tu okay lagi. Ada satu  auntie tu cakap dengan aku "haiyoo, bikin malu lo tak pandai cakap chinese" Malu pluss pluss time tu. Start dari tu lah aku rapat dengan sepupu belah ayah aku ni untuk belajar cakap mandarin. Boleh la sikit sikit. Kalau aku jumpa auntie tu lagi biar aku pulak cakap mandarin biar dia terdiam. Dulu perli aku kann. *senyum sinis*

******************************

Kes ketiga pulak bila aku pi supermarket beli barang. Mesti korang ada nampak amoi bagi free test minum kan ? Tak kira lah Milo, nescafe, kopi janda mahupun enfagrow, yang penting dorang bagi minum percuma. Dan semestinya orang yang minum tu, dalam 100, belum tentu ada yang beli produk tu.

Selalunya jaga kaunter tu amoi cina. Selalu aku lalu sana, dia sanggup keluar kaunter, bagi cawan minta aku test. Pergh ~ keadaan inilah buat beta perasan handsome and macho habis. Macam biasa, asal pandang muka aku, tidak boleh speaking melayu, confirm speaking mandarin. Aku terus terang je cakap aku melayu. Dia senyum, time tu muka dia merah gila. Comel sangat. Haha !

******************************

Sebenarnya aku bersyukur sangat dijadikan macam ni. Aku boleh bergaul dengan semua kaum. Even kadang kadang aku rasa sedikit bangga sebab bapa aku ni memang handsome gila. Bila turun kat anak dia lagi lah makin handsome. Haha. Mula lah nak riak. Astaghfirallahhalazim. Ampuni aku Ya Allah.   Okay lah, penat lah membebel panjang panjang ni bukan orang nak baca pun kan. *lambai tangan* 








Thursday, 9 May 2013

Jatuh Cinta Dekat Kawan Baik ?

Assalamualaikum, hai hai and hai. Perghh ! Dah berhabuk dengan sawang labah labah my diary bucuk ni. HAHA ! Haaa ! Korang sihat tak ? Hope sihat alhamdulilah yerr. Bila tak on laptop banyak je idea nak cerita kat blog ni tapi bila dah on macam krik krik krik jer. Idea tak de langsong ! Menyampah ! Malas nak membebel macam makcik makcik ni. Wan nak cerita something. Cerita realiti k bukan fantasi.

 

"JATUH CINTA DENGAN TEMAN BAIK" Perghh ! Panas gila topik. Bukan panas jer terbakar dah ni. Hahaha, Ridzwan stop merepek k. Tampar karang nanti baru tau ! Ehem, ehem. Kawan ? Cinta ? Hmm, sungguh dulu aku tak pernah percaya yang perhubungan kawan tu boleh menjadi saling mencintai. Tapi sekarang, aku kena percaya sebab aku alaminya. Hiyaaa ! Macam mana siak nak elak benda dah berlaku.

I don't know When I Love You ? Why I Love You ? Why I Always Miss You ? Why I bla bla bla. Hm, aku  ingat jika kita berkawan dengan someone yang berlainan sex ni tak akan ada feeling apa apa. Tapi aku silap, semakin kita rapat dengan dia kita makin selesa dengan dia. Even kadang kadang kasar sikit percakapan tu tapi dah nama pun kawan so tak amik hati sangat lah kann. :)

Yes. Now aku tahu aku memang cintakan dia. Cintakan kawan baik sendiri ? Cintakan orang yang dah berpunya ? Ya Allah ! Kejamnya aku jadi orang ketiga ? Dulu aku benci sangat orang ketiga dalam perhubungan ni tapi aku pulak jadi orang ketiga. Tapi aku baik. Aku tak hancurkan hubungan dia. Aku always support hubungan dia. Susah sangat nak tengok orang yang kita sayang ni bahagia dengan orang lain. Perit gila hati. Tapi kita kena percaya akan JODOH yang di aturkan Allah. :')

Kini, aku tahu dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap aku sejak lama lagi. Kenapa aku tak pernah sedar dulu ? Kenapa setelah dia berpunya baru aku sedar segalanya. Baru aku sedar dia sering beri clue yang dia cintakan aku. Kenapa aku lambat sedar ? Stupid ! Sebab aku kejar orang yang aku cinta. Padahal orang yang aku cinta tu banyak kali sakitkan aku. Cinta Itu Sungguh Membuatkan Aku BUTA ! Baru dia luahkan segalanya. Maybe sebab takut hanya dia seorang yang mempunyai perasaan sebegitu. Ye laa, tepuk sebelah tangan mana lah nak bunyi. 


Aku percaya Cinta Itu Tak Semestinya Memiliki. Tak semua yang kita harapkan menjadi milik kita. Maybe Allah nak uji kita saat ini. :)  Jika awak jodoh saya, saya pasti suatu hari kita akan bersama. Saya doakan awak dengan Adam. Saya pasti Adam boleh jaga awak. Adam sayangkan awak sebab tu sesibuk mana pun  dia dia cari masa untuk berhubung dengan awak. Hargailah dia. Saya pasti dia tak akan sesekali kecewakan awak. :)

P/s : Andai itu takdir yang saya kena terima, saya minta Allah tolong hapuskan segala perasaan cinta saya kat awak. Biarlah kita berkawan. Saya minta maaf sebab cintakan awak. Saya taknak jadi orang ketiga dalam perhubungan awak dan dia. Biarlah saya tanggung kepedihan dan keperitan dalam hati saya asalkan awak bahagia. Even now awak dah tau perasaan saya kat awak, saya pasti benda ni tak akan mengubah segalanya. Kita tetap kawan. Kawan Till Jannah. :)


Thursday, 18 April 2013

I'm Alive. Thanks Allah. Alhamdulilah

 
Assalamualikum, hai. Harini update blog pakai handphone je lah. Nak share macam macam benda selagi hidup ni. Terima kasih Allah sebab memberikan saya kehidupan setelah tidak sedarkan diri dekat 2 hari.
Berkat doa kawan kawan saya hidup di atas muka bumi ini dengan memberikan mereka semangat, kegembiraan dan menghulurkan bantuan selagi termampu.

Alhamdulilah banyak yang saya dapat sepanjang saya tak sedarkan diri. Terima kasih Allah sebab tunjukkan saya ke jalan yang benar ketika saya tidak sedarkan diri. InsyaAllah saya akan memperbaiki segala kelemahan dan mendekatkan lagi diri ini kepadamu.

Sedar dari koma selama 2 hari terus cari handphone. Check message, whatsapp, call. Haiyaa, manyak nyer text and whatsapp dari abang Zikrie, adik, my sweet bff. Auww, risaunya you all. Terima kasih sangat. Rasa macam diri dihargai even ada rasa terkilan sikit sebab takada text dari dia. Maybe you forget me from your mind, heart and contact.

Maybe tomorrow I can discharge from hospital. Yeahh ! Happy ! Tak suka okay dok hospital ni. Boringg ~ Kesian ikan koi pakcik kat rumah tu. Takde sape nak bagi dia makan. =]

 

Kadang kadang ujian Allah ni indah cuma kita tak sedar sebab kita terlalu leka dengan dunia. Astaghfirallahhalazim, balik lah pada pangkal jalan selagi ada masa. Dunia ni dah akhir zaman, makin lama manusia makin hanyut. Sanggup ke anda nak tengok diri anda dibakar dengan api neraka ? Semua manusia mengejar syurga tapi kenapa masih mengabaikan segala suruhannya dan melakukan larangannya. Nauzubillah, insaf lah. Assalamualaikum. :)

Wednesday, 17 April 2013

Nombor Tak Dikenali..

Assalamualaikum, haii. Sejak kebelakangan ini ada pengganggu misteri masuk kacau wan kat number Celcom. Nak kacau orang pun konon nak menipu sampai cakap nak cari kawan lama lah, taknak ganggu suami orang lah. Bila masa wan nikah pun tak tau lerr. Nak guna taktik lapuk pulakk, tak menjadi lah kalau dengan wan ni.

Ingat kan lepas bagitau salah number and nama wan tu dia terus tak mengacau. Rupanya makin parah lak. Ada di text hari hari. Mahu gila aku setahun. Tak faham bahasa melayu ka ? Nak kena cakap bahasa apa ? Mandarin ? Sepanyol. Geram pulak. Tolong lah jangan ganggu aku. Aku tak minat tahu !

And abang Zikrie bagitau yang adik sepupu dia macam curi curi amik number wan kat dalam handphone. Nama dia ........ Haishhh. Baru lah wan tahu siapa yang menganggu wan. Stress weiii ! Oh yaa abang Zikrie tu abang wan. HEHEHE ! Penasihat pakar cinta. Hahaha. Peace abang. (Y)

Tension wan hari hari mengacau, last last amik kau aku block. Puas hati aku ! Sorry la wan memang tak minat nak share or bagi number wan dengan orang yang wan tak kenal sangat. Wan bukan kaki perempuan nak layan semua perempuan. Tolong lah faham.

Lepas tu perempuan tu pun senyap jer, sebab dah kena block wan pun tak dapat nak baca text dia lagi. Hahaha, padan muka ! Jahat pulak rasanya. Takpe lahh sesekali. 

Dah lama gak perempuan tu tak contact last last ada number baru masuk, faham la aku perempuan tu yang text. Tak bosan ke kau terus terus mencuba ? Aku yang menyampah. Dia text time 9/4 haritu. Nak aku layan kau ! Lepas aku break aku memang tak layan semua number yang ada dalam list contact. Malasss ! Agaknya perempuan ni memang tak makan saman agaknya. Kau nak kena maki apa baru kau tak kacau aku. Kau jangan sampai jadi perempuan pertama aku maki hamun ! Aku ada gak tahap kesabaran.

 
I don't know laa perempuan ni text wan cakap wan sombong. Arhh ! Lantak kau arhh ! Malas aku nak layan. Tapi terima kasih cakap saya handsome. Hahaha. Hey ! Jangan lah desperate sangat kalau nak saya. Saya tak mahu lahh ! Cinta saya ni hanya untuk dia bukan awak. Lagipun saya tak kenal awak. Tolong jangan ganggu saya. *merayu*

Tetiba je time nak pi operation masuk chest tube kat part lung uh dia text lagi. Dia cakap "Assalamualaikum awak, maaf kalau jaja ganggu awak. Abang Zikrie bagitau saya yang awak nak di masukkan tube malam ni. Saya doakan awak selamat, walau awak tak mau kawan dengan saya, saya tetap doakan awak. Jangan takut tau, ingat Allah sentiasa. Assalamualaikum" Baik pulak budak ni dengan wan. Terima kasih ye. Nanti kalau saya rasa saya nak reply text awak saya reply lahh, kalau tak faham faham je lahh yang saya tak berminat ! S.O.R.R.Y !




Tuesday, 16 April 2013

Last Post ! Pray For Me.

Assalamualaikum, hai. Harini last post wan di blog. Kalau wan masih ada, ada lah post lain selepas ni. Mesti korang tertanya tanya mana lah wan nak pergi ek ? Wan tak pergi mana mana pun. Ada je kat dunia ni lagi. Cuma wan dah fikir masak masak sekarang wan kena jaga kesihatan wan yang tak menentu ni. Sekejap okay, kejap tak.

Sebenarnya, malam ni wan nak tebuk kat part lung dekat hospital tuuutttt. Ingat kan nak buat bulan 8 nanti tapi tak jadi arh sebab takut lama lama makin teruk lak. Tak tahan dah sakit dada, batuk batuk teruk and sangkut sangkut nak bernafas. Doctor cakap ada 3 sebab wan dapat sakit ni. Sebabnya ketinggian, kurus, merokok. Copp ! Doctor saya tak smoke. Tapi yang dua tu betul laa. Hmm, harap lepas ni sembuh sepenuhnya. Tak payah lah tahu kat hospital mana sebab doctor cakap benda ni sekejap je 2, 3 hari baik la. Sebab wan tak nak menyusahkan semua orang. Biar lah wan yang rasa sakitnya. Wan tak nak orang lain sedih pasal wan. Korang doakan je lah wan selamat, cepat sihat semua k. Itu pun kalau korang semua masih sayang dan ingat wan laa. HAHA ! :D

Ada pesanan special ni.

FOR NUR FATEN UMAIRA BINTI MAJID :
*baca dan fahami* Assalamualaikum awak. Maafkan semua kesalahan saya ketika saya bersama awak. Termarah awak ke, terpukul awak ke, singgungkan hati awak ke. Saya minta maaf sangat. Halal kan semua makan minum saya, semua kasih sayang yang awak berikan pada saya, semua perasaan cinta awak kat saya. You know dear, you are my special Queen Heart in my heart. Terima kasih sebab ingatkan saya dalam segala hal agama. Awak, saya nak awak bahagia. Bahagia walaupun bukan dengan saya. Saya tahu segala kekurangan saya ni buatkan awak lebih sabar dengan kerenah saya. Saya ada banyak sebab kenapa saya perlukan awak. Saya ada banyak sebab jugak kenapa saya tak boleh tinggalkan awak. Awak, andai suatu hari nanti awak dah bahagia awak jangan lupakan saya. Andai juga suatu hari nanti awak sedih dan perlukan seseorang awak cari lah saya. Even saya hanya mampu tersenyum tengok awak bahagia masa tu. Saya doakan awak sentiasa sihat selalu, bahagia selalu. Awak, awak nak tahu tak kenapa saya tak tinggalkan awak ? Kenapa saya nak jadi kawan awak walaupun perasaan dalam hati saya tak mungkin berubah ? Sebab awak lain dari yang lain. Awak tak sama macam perempuan lain. Kemanjaan awak, kelembutan awak, kemarahan awak, kesweetan awak. And saya tak nak awak hanyut dengan dunia sosial. Saya tahu siapa saya sekarang tapi saya cuma nak bimbing awak. Saya nak awak jaga kehormatan awak. Sebab benda tu penting sangat, Awak berubah lah jadi yang terbaik. Saya sebagai kawan awak mendoakan awak agar awak lembut hati untuk jadi perempuan yang solehah. Sejuk hati saya kalau one day nanti awak dah berubah. Awak saya tak tahu kenapa segala perasaan saya kat awak, ingatan saya kat awak tak boleh di buang begitu je. Saya tak tahu kenapa ! Mungkin awak jodoh saya. Saya tahu Allah tengah uji saya. Saya tak tahu apa perasaan awak kat saya. Benci ke sayang ke ? Saya teringat ingat awak cakap I Love You haritu. Awak, awak ingat lagi tak saya cakap saya akan tolong awak dapatkan lelaki yang awak suka. Time tu saya senyum je kat awak. Awak tak tahu perasaan sebenar saya time tu. Perasaan saya macam hancur sebab saya sanggup tengok orang yang saya sayang bahagia walaupun saya derita time tu. Gila kan saya ? Takpe lah saya sanggup korbankan segala yang saya ada untuk tengok awak bahagia. Jangan marah saya sebab saya terlalu risaukan awak. Saya risau sebab saya sayang awak. Awak saya tak paksa awak terima saya kembali saya tahu betapa sakitnya hati awak time saya marah awak time kita putus. Saya janji awak saya akan berubah. Berubah lagi baik dari yang dulu. Kehidupan saya macam tak teratur je tanpa awak. Makan pun dah tak kesah. Saya tak tahu nak buat macam mana lagi. Sedaya upaya saya untuk lupakan awak tapi tetap tak boleh. Sibuk kan diri pun tetap ingat awak. Saya ikhlas sayangkan awak. Tak pernah saya sayangkan orang macam saya sayang awak. Cinta saya kat awak mendalam sangat. Awak even saya ni macam tak faham bahasa sebab terlalu sabar and sanggup kena marah dengan awak hari hari tapi sikit pun saya tak benci awak. Saya senyum je bila awak awak marah marah saya. Hati saya ni dah kebal kena marah dengan awak. Awak, nanti misalnya lah saya tak ada lagi untuk jaga awak. Saya minta awak delete facebook saya, delete twitter saya dan saya akan serahkan segala barang saya kat awak melalui sepupu saya. Saya cuma simpan awak dalam hati kecil saya, simpan segala kenangan kita dalam ingatan saya. K lah awak, awak jaga diri baik baik, jangan lupa minum susu untuk tulang awak tu, jangan lupa makan ubat, jangan nakal nakal tau. Hilang saya, hilang lah Rayyan Irsyad. I Still Love You, Miss You, Still Waiting For You, Still Need You My Baby Love. Abang sayang sayang hingga nafas terakhir abang. Oh cakap dengan mak saya minta maaf sebab tak jaga awak baik baik. Sebab buat awak nangis haritu. Sampaikan tau ! Tak sampaikan bertambah dosa awak. Ni amanah tauu. Assalamualaikum. "Jika diberikan ku satu peluang. Apa yang aku impikan, pulihkan segala kesilapan. Jika ku diberikan ku satu peluang, kembali ke masa silam, kan ku pilih tarikh kita bersama. Jika ku diberikan ku satu peluang, apa yang aku impikan, diriku dan dirimu dulu"

FOR NUR SHAFIQAH BINTI ABDULLAH :
Terima kasih adik datang dalam hidup abang, you are my awesome younger sister. Adik selalu hiburkan hati abang, adik selalu marah abang kalau abang buat benda yang adik tak suka walaupun dalam nada gurauan. Adik, buat yang terbaik untuk SPM nanti, abang doakan adik. Adik jangan mudah menyerah tauu ! Rajin rajin revision tuu. Adik jangan nakal nakal ehh. Jangan lupakan abang tau, even abang ni macam gila and kasar sikit tak bermakna abang tak sayang adik tauu ! Abang sayang adik sebab abang dah anggap adik macam adik kandung abang. I still remembered time kita otp pagi pagi buta. Masing masing tak boleh tidur. You know sis time prepaid abang habis tu abang nangis sebab abang tak dapat bayangkan macam mana adik tanpa abang. Hahaha. Gila kan abang kau ni ? Adik halalkan makan minum abang tau, yang abang gurau gurau nan adik tu semua jangan amik hati k. It's just joke. Kenang lah daku dalam doamu. Lepas ni kalau adik tak dengar suara cute abang adik jangan nangis k. Nanti abang minta Allah hadir dalam mimpi adik. Hehehe. Itu pun kalau Allah bagi la. Adik take care, jangan sedih sedih tau, doakan abang k. Peace ! (Y)

FOR DIBA SALLEHUDDIN :
Hey youu ! Thanks kawan dengan I. You are very sweet with me. Hahaha. You kawan I, sahabat I and you ada juga kat dalam hati I. Tapi tak boleh tanding dengan Mira laa. Hahaha. Kita ni kawan tapi kadang kadang macam kekasih lak. Huhuhu, sebab terlampau sweet. Err, I nak minta maaf kalau I buat you jatuh cinta kat I atas sebab panggilan sayang I kat you. Minta maaf sangat. Jangan amik hati tauu ! I just anggap you kawan rapat I. Friends Till Jannah. I'm sorry. :'( Semua benda tentang I semua you tahu, apa yang I rasa you rasa. Bila you sedih I pun sedih tapi I tak boleh tunjukkan kesedihan I. Sebab tu I jadi clown you. I happykan you, I care pasal you sebab I takut kalau suatu hari nanti I tak ada and cuma tinggal kenangan kita jer yang boleh ubat kesedihan you. Now, I jarang contact you sebab I nak you biasakan diri tanpa I. Btw, I seronok kenal you, you faham I. I minta maaf if sakitkan hati you haritu, buat you nangis pasal I, buat you risau pasal I. Halalkan semua yang you pernah bagi kat I, I tak akan lupakan you k. You akan tetap ada dalam ingatan dan hati I as friend. Sorry, I tak boleh bagitau I kat mana sekarang ni. Apa pun you doakan I k. Bye gendud. ;)

FOR AULIA :
Hey budak kecik yang suka buli saya ni. Thanks muncul dalam hidup saya sebagai kawan. Even kita pun baru kenal tapi awak macam boleh ngam je dengan saya. Awak selalu hiburkan saya bila saya sedih. Saya tak tahu apa perasaan awak kat saya sebenarnya. Tapi saya minta maaf jika saya dah buat awak jatuh hati kat saya. Saya memang macam ni, gila, mereng and sengal sikit. Minta maaf tauu. Nanti kalau saya dah sihat balik awak buli lah saya lagi. Mesti awak rindukan saya nanti kan ? Kesian awak rindu saya. Hahaha. Takpe takpe nanti saya belanja magnum k. ;) Saya minta maaf jika saya kasar kasar dengan awak, cakap menyakitkan hati awak and buat awak geram. Awak doakan saya tauu, jangan lupakan saya lak. Bye budakk ! :)

FOR EYRA A.K.A MY SISTER :
Uit budak comel. Ni ha abang nak pesan mu jangan sedih sedih k kalau abang tak ada. Thanks support abang k. Even kita pun baru kenal tapi macam ada sefahaman jer. Oh yaa, usaha lebih tau tok get back with your ex. Cari dia sampai jumpa or jumpa family dia. Allaaa buat lah muka tak malu jap. Kalau tak berjaya jugak, it's okay. Maybe yang baru ni jodoh adik even dia selalu busy and tak ada masa untuk adik. Adik No Rainbow Without Rain tauu ! Kita susah dan sedih dulu baru kita gembira suatu hari nanti. Sabar banyak banyak k. Jangan sedih and menangis banjir Muar nanti. Penat abang nak siapkan bot. Hahahaha. Abang minta maaf tau kalau abang ada marah marah adik, kasar dengan adik. Abang minta maaf sangat. Nanti kalau abang dah sihat sepenuhnya kita calling calling ehh. Abang nak adik dengar suara cute abang. Hehehe. Jangan lupa doakan abang sihat tauu ! Take care sis. Daaaa ~ *lambai tangan*

FOR SHASHA :
Heyy my secret admirer yang selalu panggil I chipsmore lah turtle lah snail lah. Macam macam panggilan you gelarkan I ekk. Takpe I tak marah cuma makan hati jer. Hehehe. Ehh thanks tauu sudi dengar cerita I dulu tuu. Memahami jugak you ni. I tau time I story pasal dia mesti you makan hati gila kan sebab you love me ! Kan, kan kan ? Btw, I nak minta maaf sebab dah buat you jatuh hati kat I yang tak sempurna sangat ni. Macam I selalu cakap bagi I masa untuk memikirkan segalanya. Tapi I taknak you terlalu berharap kat I sha. I taknak you kecewa nanti. You tak kenal I siapa lagi. I rasa elok lah kita cuma kawan dulu. Ada jodoh ye ada. I tak nak you sakit hati nanti sebab I. Sorry tauu ! Sorry sangat. You jangan lah nangis nangis macam semalam. Banjir Seremban, nanti I terkapai kapai lak sebab air mata you. Sorry sha. ;'(

Bye guys, to my Mira take care honey, peluk cium Rayyan dari saya k. Bye wahai adik adik ku tersayang. Bye my Diba Keai. You are so cute. Hehehehe. Bye Shasha. Sorry tau buat you macam ni. Nanti kalau wan dah sihat kita happy happy balik k. Doakan wan k. Assalamualaikum.

Tuhan, Tolong Jagakan Dia Untukku

 

Tuhan,
Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya,
Mungkin juga aku tidak indah di mata nya,
Tolong, Jagakan dia untukku. 
Tuhan,
Aku terlalu jauh untuk melihat dia,
Aku terlalu jauh untuk mencari tahu perihal dia,


Tapi dalam hati, Hanya KAU yang tahu, seberapa dekat dia di hati.

Tuhan,
Berikanlah dia kesihatan,
Kurniakan lah dia kegembiraan,


Agar aku juga turut senang melihat nya kelak, Andai KAU izinkan.

Tuhan,
Dalam hati, hanya KAU yang mengerti,
Rasa sakit, rasa rindu,


Menahan perasaan yang tidak sepatutnya muncul untuk dia.

Tuhan,
Jika benar memang perasaanku ini salah terhadap dia,
Kau pudarkan lah rasa ini, rasa yang ada dalam hati,


Kerana makin hari rasa itu semakin menebal.

Tuhan,
Sekiranya ada hati lain yang layak menerima cinta dia,
Kau pertemukanlah mereka segera, Dan bukalah mata hati ku.


Untuk aku berlalu pergi dari hidupnya.

Tuhan,
Begitu sukar menahan perasaan ini,
Perasaan yang terpaksa didiamkan, ditahankan,


Sesak setiap kali memikirkan nya, Tapi apa lah dayaku tanpa setiap kekuatan dari-MU

Tuhan,
Andai memang aku tidak mendapatkan keizinan dari-MU untuk memiliki dia
KAU lindungilah dia, KAU jagalah dia untukku,


Itu cukup buat aku rasa lega dan senang.

Itu cukup buat aku bahagia untuk terus pergi dari hidupnya.
KAU permudahkanlah urusannya, agar dia disenangi kelak, agar dia menjadi insan yang berguna untuk keluarga, agama, dan bangsa, agar aku bisa tersenyum melihat setiap kejayaan yang tercipta untuknya.
Itu cukup mengantikan perasaan sedih dan sakit yang aku tanggung.

Hanya SATU pintaku, 
JAGAKAN DIA UNTUKKU,
Kerna aku menyayangi dan mencintainya sepenuh hati, 
YA ALLAH maha Pencipta Perasaan.
Amin.


For My Sweet Lover, Mira ~