Followers

Tuesday 21 May 2013

Hati Dan Jiwa Yang Kosong

Assalamualaikum. Pernah tak korang rasa jiwa dan hati korang kosong sekosong-kosongnya ? Hari hari yang mendatang pun kita rasa benda yang sama dan macam terasing dengan dunia padahal sekeliling kita ada ibu ayah, adik abang kakak and kengkawan.

Bila kita sendiri kita akan berkata "AKU NI  TAKDE PERASAAN KE ?" sebab semuanya kosong dalam jiwa. Sebenarnya kita ni dah hanyut sangat dengan dunia yang serba moden. Arus teknologi, sosial membuatkan kita alpa dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Dan paling penting bila jiwa dah kosong syaitan mudah menghasut kita. Nauzubillah.

Kita solat, kita buat semua yang Allah suruh tapi kenapa hati tetap kosong ? Sepatutnya hati tu terisi dan jiwa kita tenang kan ? Ni tak, dah solat pun tetap kosong. Macam kita ni patung yang takde perasaan. Cuba tanya hati kita ? Tanya "apa khabar hati ?" "adakah hati ini di penuhi dengan zikrullah ?"
Sihat kah hati kita ? Atau mungkin ianya sakit tanpa kita sedar ? Atau lagi teruk, adakah hati kita dah mati ?

Pernah kah kita merasakan diri kita keseorangan ? Di dalam menghayati dugaan yang berliku. Tanpa ada sesorang pun yang membimbing kita. Sedangkan hakikatnya mereka dekat sangat dengan kita. Tak pernah langsung tinggalkan kita.

Bila kita bercinta kita pasti akan menangis bila kehilangan dia. Mengapa air mata tu jatuh tika kita melepaskan dia pergi dengan hati yang rela. Dan kita memandang dengan sayu semua bayangan itu dengan hati yang berat. Menangisi pemergiannya sedangkan dia pernah memberikan kita sinar kebahagiaan. Kita ikhlas melepaskannya tetapi KENAPA MESTI AIR MATA MENGALIR ?

Dan kadang kadang kita merintih sayu mengingati wajah yang pernah memberikan kita kebahagiaan. Mengapa mesti ada rindu jika dia tidak bersama kita lagi ? Dan merasakan saat saat kebahagian, kemanjaan dan keromantisan masa lalu ? Sedangkan kita tahu benda tu tak akan sesekali kembali ! Mengapa masih ada bayangan semalam tika wajah dia tiada di sisi kita ?

Itulah tanda jiwa kita tidak tenang, jiwa kita tiada pegangan yang kukuh. Jiwa kita semakin lama semakin hitam dengan segala dosa dosa yang kita lakukan. Semakin hitam hati kita semakin jauh lah kita melupakan pencipta kita.

Saat hati kita rasa sunyi dan kosong, carilah Allah. Allah itu dekat. 
Saat kita rasa sunyi, mungkin yang terbaik carilah sahabat-sahabat yang mampu 'mentarbiyah' diri kita. Yang mampu menegur kita jika kita terleka. Yang mampu mendekatkan kita dengan Allah, yang mampu membantu kita mencari hidayah Allah. Sungguh, hidayah tidak datang bergolek, ia perlu dicari.. Dan saat hidayah itu datang, kadangkala kita perlu cepat menyambarnya jangan sampai ia terlepas. 
Carilah tarbiyah. Kita dijadikan dengan fitrah hati yang sukakan tarbiyah atau dengan kata lainnya didikan islam yang baik dan sempurna. Saat kita menafikan fitrah yang Allah ciptakan ini jiwa kita pasti resah gelisah dan tak menentu. Sungguh, jika kita mampu merasakan kegelisahan itu, itu  tandanya Allah sengaja menitipkannya agar kita berusaha memenuhi fitrah hati kita. Hati yang keras mungkin tidak akan mampu rasa gelisah apabila dia cuba menafikan fitrah itu.


Salah satu tips untuk menghindari JIWA KOSONG dengan mengamalkan membaca SURAH ALAM NASYRAH, hembuskan ke tapak tangan dan sapukan pada kepala , muka dan badan kita. Insya Allah akan dilapangkan dari segala kesulitan yang mencengkam jiwa.

Surah Alam Nasyrah : Surah ke- 94 yang bermaksud : Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu ? Dan kami telah menghilangkan darimu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Tip-tip mengisi kekosongan hati :
-Dekatkan lah diri kepadanya.
-Solat taubat minta ampun kepadanya.
-Zikrullah lah selalu sehingga jiwa itu terisi.
-Baca ayat ayat sucinya iaitu Al-Quran.
-Tanya dan berdamping dengan guru guru yang berilmu agama, InsyaAllah hati tu akan terisi.

Letakkan akhirat didalam hati, dan dunia itu di dalam genggaman.
Seimbang duniawi dan uhkrawi itu perlu.

#juga mengingatkan diri yang selalu lupa.
#Aku menulis bukanlah bererti aku hebat, tetapi aku hanya ingin berkongsi apa yang aku rasa.

Sharing is LOVING. LOVING is MAWADDAH. 

Wallahua'lam.






Sunday 12 May 2013

Chinese look ? Mix or chinese ?

Assalamualaikum, hai. Semoga semuanya sihat dan baik baik okay. Kalau tak sihat tu makan ler ubat. Macam taktau lak kan. Entry kali ni nak cakap pasal muka sebiji sepesen macam chinese. Hahaha. Macam kena je dengan diri ni. Hihihi.


Okay, okay. Bila aku pergi mana mana orang mesti pandang jika sebelah aku tu lelaki or perempuan melayu. Hahaha. Maybe dalam kepala dorang pikir macam ni "lelaki tu chinese tapi jalan dengan orang melayu" haha. maybe lah kot. Aku mana reti nak baca pikiran orang ni. Kalau reti pun aku diam jer. Hahaha istimewa tu weii boleh baca pikiran orang. :P
                             
******************************

Yang atas tu satu kes, ada lagi kes lain. Apa ni kes kes ? Dah macam Detective Conan lak nak huraikan segala kes. Hahaha. Bila aku masuk kedai yang memang pemiliknya chinese or pekerja dia chinese mesti nak cakap mandarin dengan aku. Haaa ! Time tu aku memang diam jer sebab tak paham. And bila dia dah habis bebel kan aku cakap lah "I'm sorry. I don't know what you talk. I'm malay not chinese" And amoi tu cakap lah "haiya, mati mati saya ingat awak chinese lah. Muka you nampak chinese sangat". Yang tu okay lagi. Ada satu  auntie tu cakap dengan aku "haiyoo, bikin malu lo tak pandai cakap chinese" Malu pluss pluss time tu. Start dari tu lah aku rapat dengan sepupu belah ayah aku ni untuk belajar cakap mandarin. Boleh la sikit sikit. Kalau aku jumpa auntie tu lagi biar aku pulak cakap mandarin biar dia terdiam. Dulu perli aku kann. *senyum sinis*

******************************

Kes ketiga pulak bila aku pi supermarket beli barang. Mesti korang ada nampak amoi bagi free test minum kan ? Tak kira lah Milo, nescafe, kopi janda mahupun enfagrow, yang penting dorang bagi minum percuma. Dan semestinya orang yang minum tu, dalam 100, belum tentu ada yang beli produk tu.

Selalunya jaga kaunter tu amoi cina. Selalu aku lalu sana, dia sanggup keluar kaunter, bagi cawan minta aku test. Pergh ~ keadaan inilah buat beta perasan handsome and macho habis. Macam biasa, asal pandang muka aku, tidak boleh speaking melayu, confirm speaking mandarin. Aku terus terang je cakap aku melayu. Dia senyum, time tu muka dia merah gila. Comel sangat. Haha !

******************************

Sebenarnya aku bersyukur sangat dijadikan macam ni. Aku boleh bergaul dengan semua kaum. Even kadang kadang aku rasa sedikit bangga sebab bapa aku ni memang handsome gila. Bila turun kat anak dia lagi lah makin handsome. Haha. Mula lah nak riak. Astaghfirallahhalazim. Ampuni aku Ya Allah.   Okay lah, penat lah membebel panjang panjang ni bukan orang nak baca pun kan. *lambai tangan* 








Thursday 9 May 2013

Jatuh Cinta Dekat Kawan Baik ?

Assalamualaikum, hai hai and hai. Perghh ! Dah berhabuk dengan sawang labah labah my diary bucuk ni. HAHA ! Haaa ! Korang sihat tak ? Hope sihat alhamdulilah yerr. Bila tak on laptop banyak je idea nak cerita kat blog ni tapi bila dah on macam krik krik krik jer. Idea tak de langsong ! Menyampah ! Malas nak membebel macam makcik makcik ni. Wan nak cerita something. Cerita realiti k bukan fantasi.

 

"JATUH CINTA DENGAN TEMAN BAIK" Perghh ! Panas gila topik. Bukan panas jer terbakar dah ni. Hahaha, Ridzwan stop merepek k. Tampar karang nanti baru tau ! Ehem, ehem. Kawan ? Cinta ? Hmm, sungguh dulu aku tak pernah percaya yang perhubungan kawan tu boleh menjadi saling mencintai. Tapi sekarang, aku kena percaya sebab aku alaminya. Hiyaaa ! Macam mana siak nak elak benda dah berlaku.

I don't know When I Love You ? Why I Love You ? Why I Always Miss You ? Why I bla bla bla. Hm, aku  ingat jika kita berkawan dengan someone yang berlainan sex ni tak akan ada feeling apa apa. Tapi aku silap, semakin kita rapat dengan dia kita makin selesa dengan dia. Even kadang kadang kasar sikit percakapan tu tapi dah nama pun kawan so tak amik hati sangat lah kann. :)

Yes. Now aku tahu aku memang cintakan dia. Cintakan kawan baik sendiri ? Cintakan orang yang dah berpunya ? Ya Allah ! Kejamnya aku jadi orang ketiga ? Dulu aku benci sangat orang ketiga dalam perhubungan ni tapi aku pulak jadi orang ketiga. Tapi aku baik. Aku tak hancurkan hubungan dia. Aku always support hubungan dia. Susah sangat nak tengok orang yang kita sayang ni bahagia dengan orang lain. Perit gila hati. Tapi kita kena percaya akan JODOH yang di aturkan Allah. :')

Kini, aku tahu dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap aku sejak lama lagi. Kenapa aku tak pernah sedar dulu ? Kenapa setelah dia berpunya baru aku sedar segalanya. Baru aku sedar dia sering beri clue yang dia cintakan aku. Kenapa aku lambat sedar ? Stupid ! Sebab aku kejar orang yang aku cinta. Padahal orang yang aku cinta tu banyak kali sakitkan aku. Cinta Itu Sungguh Membuatkan Aku BUTA ! Baru dia luahkan segalanya. Maybe sebab takut hanya dia seorang yang mempunyai perasaan sebegitu. Ye laa, tepuk sebelah tangan mana lah nak bunyi. 


Aku percaya Cinta Itu Tak Semestinya Memiliki. Tak semua yang kita harapkan menjadi milik kita. Maybe Allah nak uji kita saat ini. :)  Jika awak jodoh saya, saya pasti suatu hari kita akan bersama. Saya doakan awak dengan Adam. Saya pasti Adam boleh jaga awak. Adam sayangkan awak sebab tu sesibuk mana pun  dia dia cari masa untuk berhubung dengan awak. Hargailah dia. Saya pasti dia tak akan sesekali kecewakan awak. :)

P/s : Andai itu takdir yang saya kena terima, saya minta Allah tolong hapuskan segala perasaan cinta saya kat awak. Biarlah kita berkawan. Saya minta maaf sebab cintakan awak. Saya taknak jadi orang ketiga dalam perhubungan awak dan dia. Biarlah saya tanggung kepedihan dan keperitan dalam hati saya asalkan awak bahagia. Even now awak dah tau perasaan saya kat awak, saya pasti benda ni tak akan mengubah segalanya. Kita tetap kawan. Kawan Till Jannah. :)