Followers

Tuesday 2 April 2013

All about me

14/02/1993 lahir lah seorang budak lelaki yang bermata sepet, pipi yang tembam, bibir yang merah bak buah delima. Dinamakan dengan nama Mohd Ridzwan Hafizi Bin Hazril Alifi. Ada chinese name tapi nama tu hanya di guna bila balik rumah sedara yang chinese. Sebuah keluarga yang berlambak mixed. Papa chinese masuk islam. Mama melayu + inggeris. Aku anak bongsu kepada pasangan Aril dan Hasniza. Hanya sempat bermanja sampai umur 2 tahun. Dan selepas itu mereka pergi meninggalkan dunia yang fana ini disebabkan kemalangan jalan raya. Aku mempunyai seorang kakak yang sangat cantik. Dua orang jejaka idaman hati perempuan. Tapi sayang, aku tak membesar dengan mereka. Aku di jaga dari umur 2 tahun sehingga 15 tahun dengan nenek sebelah mama. Aku tak merasa kasih sayang seorang ibu dan ayah. Aku sering di tanya mana ayah dan ibu awak ? Aku akan diam je dan mengadu dengan nenek. Nenek je satu-satunya insan yang ada. Along, Angah, abang semua tinggal kat oversea. Nenek ajar pasal agama, mengaji, cara adab dengan orang tua, pasal solat, puasa.  Sekarang nenek dah tak ada. Nenek, adik rindu nenek. Rindu sangat. Adik balik kampung adik tengok kubur mama, papa, nenek dan atok. Adik sedekahkan al-fatihah bila adik rindu semua. Papa, mama adik terseksa tinggal dengan auntie belah papa. Terseksa sangat. Adik duduk dengan dia dari umur 16 tahun sampai adik habis SPM. Kenapa adik kena duduk dengan bukan orang islam ? Nenek, papa, mama, atok auntie paksa adik keluar dari agama kita. Auntie marah-marah dengan adik. Auntie selalu mabuk-mabuk dekat rumah. Auntie selalu pukul-pukul adik. Adik ingat lagi time adik di bawa pergi rumah dia. Adik kena tinggal dalam stor. Yang hanya beralaskan tilam. Adik dilayan macam orang gaji sedangkan adik ni anak saudara dia. Darah daging dia. Masa adik perlukan abang dengan kakak, semua tak nak bantu adik. Adik terseksa. Adik ingat lagi masa tu auntie mabuk. Dia halau adik dari rumah masa adik dah habis SPM. Adik nak tinggal mana ? ADik pergi jadi kutu rayau kat jalan tu. Dah macam pengemis. Lepas tu adik balik rumah nenek kat kampung. Adik duduk situ sampai adik dapat result. Mama, papa adik dapat 8A+2B+ je mama. Adik tak pandai macam along, angah dan abang. Masa adik dapat result kawan papa datang. Dia cakap dia ada benda untuk adik. Adik dapat semua wasiat-wasiat papa untuk adik. Kini adik hidup senang. Adik ada kereta, ada rumah sendiri. Adik tak balik pun rumah auntie. Auntie jahat sangat. Dia kata sebab papa masuk Islam lah dia benci adik. Adik terus keluar dari rumah tu. Sampai sekarang tak jejak lagi. Now, adik dah 20 tahun. Adik dah besar papa, mama. Adik dah nak graduate kat International College in course Mechanical Engineering. Adik dah ada pencuri hati adik tapi kami tak kekal. Adik sayangkan dia. Sayang sepenuh hati. Mama, papa, atok dan nenek doakan adik tau kat sana. Tunggu adik kat syurga tauu !

 
Ni ba ba saya. So handsome. Love You Papa !

 
Ba ba. Ma ma. Aku.


 
My Sweet ba ba And ma ma. Aku harap aku dapat rasa kebahagiaan macam ni dengan dia. 

 
Jie jie and my third bro. 

 
My er ge (second bro).

 
And di di (anak bongsu) ! Mr. Ridzwan 

My life, my heart only for you. Just for Allah and you. I Love You.


1 comment:

  1. Assalamualaikum. Hai ridzwan, cerita hidup kau membuatkan aku lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini. And blog kau menarik. Kbye

    ReplyDelete