Followers

Thursday 4 April 2013

Kisah Sedih Dalam Mencari Tulang Rusuk Yang Sejati

 
Sebuah senja yang sempurna, sepotong donat, dan lagu cinta yang lembut. Adakah yang lebih indah dari itu, bagi sepasang manusia yang sedang memadu kasih ? Adam dan Hawa duduk di punggung senja itu, rancak berbicara, beratus tawa gembira, lalu Hawa pun mula meminta kepastian. Yes, about love.


Hawa : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini ?
Adam : Kamu lah ?
Hawa : Menurut kamu, aku ini siapa dalam diri mu ?
Adam : (Berfikir sebentar, lalu menatap wajah dan bertentang mata dengan Hawa) Kamu tulang rusukku ! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil tulang rusuk kiri dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan apabila menemui wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hati.”
Selepas berkahwin, Adam dan Hawa mengalami masa yang indah dan manis tetapi hanya untuk seketika. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mula menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
 Pada suatu hari, menjadi kemuncak sebuah pertengkaran, Hawa lari keluar rumah. Setelah tiba di seberang jalan, dia berteriak, “Kamu tak cinta aku lagi !” Adam sangat membenci ketidakdewasaan si Hawa dan secara spontan dia menjerit membalas “Aku menyesal kita berkahwin ! Kamu ternyata bukan tulang rusukku !”
Tiba-tiba Hawa menjadi terdiam , berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah kerana menangis. Dia melihat Adam dari jauh, seakan tak percaya pada apa yang telah dia dengar sebentar tadi.
Adam menyesal akan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk diambil kembali. Dengan berlinang air mata, Hawa kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau aku bukan tulang rusukmu, biarkan aku pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing. ”
 Lima tahun berlalu.....
Adam tidak menikah lagi, tetapi sentiasa mengambil tahu kehidupan Hawa. Hawa pernah ke luar negeri, bernikah dengan orang asing, bercerai, dan kini kembali ke tanahair semula. Dan Adam yang tahu semua informasi tentang Hawa merasa kecewa, kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk kembali, Hawa tidak menunggunya.
Dan di tengah malam yang sunyi, semasa Adam meminum kopinya, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Hawa. Adam memendam perasaannya sendiri.
 Suatu hari, mereka akhirnya kembali bertemu. Di airport, di tempat yang berlaku banyak pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas, mata mereka saling tidak mahu terlepas.
Adam : Apa khabar?
Hawa : Baik. Emmm. apakah kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
Adam : Belum lagi.
Hawa : Aku nak terbang ke New York.
Hawa : Aku akan kembali 2 minggu lagi. Telefonlah aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon aku, belum yang berubah. Tidak akan ada yang berubah.
Hawa tersenyum manis, lalu berlalu pergi. Hawa megucapkan “Good bye….” kepada sang Adam.
Seminggu kemudian, Adam mendengar bahawa Hawa mengalami kemalangan dan meninggal dunia.
 Malam itu, sekali lagi si Adam meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di dadanya.
 Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Hawa, tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
"Jika ALLAH Tidak Menulis JODOH Kita Bersama dia. Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya."
"Jika ALLAH Menulis JODOH Kita Bersama Dengan Dia. Sejauh Mana Kita Terpisah, Beribu Batu Jauh Sekalipun Kita Tetap Akan Bersama Dengannya."










No comments:

Post a Comment