Followers

Saturday 13 April 2013

Nota lelaki kepada perempuan comelnya sepanjang hidup....

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.

malam ini , lelaki itu sunyi . jalan bersendirian di atas lantai hitam . atmosfera gelap menyelimuti cahaya . yang tinggal hanya cahaya bintang dan bulan . lebih tepat , angin turut bertiup enak , membelai rambut lelaki yang kusut masai .

terbit rasa ingin tahu . rindu kepada secebis dirinya . secebis yang bisa memberikan lelaki itu sebuah perasaan bahagia yang bukan biasa . rumit untuk diterangkan dan dihuraikan . bahagia yang mampu menyempurnakan agama . itu mungkin cukup penjelasannya .




namun , lelaki itu tidak tahu . tidak tahu ke mana hilangnya cebisan itu . mungkin lebih tepat , lelaki itu tidak tahu pun segala tentang cebisan itu melainkan tuhan yang maha mengetahui . redha .

berjalan perlahan , berteduh di bawah bumbung yang bercahaya . meraba-raba pemandangannya , mencari cebisan yang entah bagaimana rupanya . secebis yang bisa memberi perasaan bahagia yang menyempurnakan agama lelaki itu .

lelaki itu mula memberi pandangan pertama . 

cebisan bertudung merah jambu . pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi .

cebisan berambut perang kemerahan-merahan . pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi .

cebisan berkaca mata comel . pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi .




susur keluar diatur . kembali ke atmosfera gelap . buntu . entah bagaimana rupa cebisan yang mampu memberi perasaan bahagia buat lelaki itu sepanjang hidupnya .

cebisan yang boleh memberikan lelaki itu satu lagi perasaan yang ikhlas memberikan setia mengikat janji tuhan . degupan jantung cebisan yang mampu memberi nyawa untuk senyum bersama lesung pipitsebelum dipanggil tuhan . rindu lagi .

lelaki itu mula melukis hikayat di hatinya . berdakwatkan rindu dan berkanvaskan harapan . baring di atas lantai hitam , mencuit bintang-bintang yang terapung menyebarkan cahaya kecilnya yang bisa memberi zikir kepada tuhan .




perempuan bertudung putih membawa si bunga yang cantik berlatarkan anjung luar rumah . wajahnya samar-samar . memegang bunga putih sambil tunduk dibawah bintang-bintang yang bergemerlapan . hikayat seorang perempuan yang berkisahkan rindu menanti cebisan juga yang mampu memberi perasaan bahagia yang bisa menyempurnakan agamanya .

dakwat rindu masih basah lagi . harapan masih luas lagi . namun , perasaan bahagia itu tersangkut dek kerana cebisan itu kurang jelas wajahnya . bersangka baik dengan tuhan . pastinya , ini adalah salah satu seni kebaikan tuhan yang agung .

tak perlukan si cantik rupawan , cukup sekadar memberi lelaki itu senyum berlesungkan pipit .

tak perlukan si kaya raya , cukup sekadar bermewah dengan bersusah payah bersama lelaki itu .

tak perlukan si cerdik pandai , cukup sekadar bergeliga merendahkan diri menghias kebaikan kepada lelaki itu .




' aku rindu . aku teringin memandang tepat ke mata mu tanpa ada lagi pandangan kedua . ingin sekali aku menyentuh hati mu dengan kalimah-kalimah bahagia ku . samar-samar wajah mu , akan ku tajamkan penglihatan ku meneroka seluruh benua , agar wajahmu lebih jelas di potret hati ku . biarkan aku mengembara mencari dirimu yang hilang . pasti aku mahu kuatkan hatiku bagi membiarkan kau turut derita dengan rindu ku . yakin aku berikan hatiku untuk kau rangkul dengan hangat , setia menyambut tangan ku berjalan ke taman syurga yang kekal abadi . '




harapan seorang lelaki itu , sebaik sahaja hikayat itu dilukis , wajah cebisan itu semakin kurang samar-samarnya . kuat keinginannya untuk lelaki itu berikan hati yang bisa mencipta bahagia yang dijanjikan tuhan .semoga cebisan itu dibisik dengan perasaan yang bahagia ketika ini , entah tidak tahu benua mana arahnya .tuhan sahaja lebih maha mengetahui . 


oh tuhan , makbulkanlah doa hamba itu .  >_<

No comments:

Post a Comment