Followers

Wednesday 17 April 2013

Nombor Tak Dikenali..

Assalamualaikum, haii. Sejak kebelakangan ini ada pengganggu misteri masuk kacau wan kat number Celcom. Nak kacau orang pun konon nak menipu sampai cakap nak cari kawan lama lah, taknak ganggu suami orang lah. Bila masa wan nikah pun tak tau lerr. Nak guna taktik lapuk pulakk, tak menjadi lah kalau dengan wan ni.

Ingat kan lepas bagitau salah number and nama wan tu dia terus tak mengacau. Rupanya makin parah lak. Ada di text hari hari. Mahu gila aku setahun. Tak faham bahasa melayu ka ? Nak kena cakap bahasa apa ? Mandarin ? Sepanyol. Geram pulak. Tolong lah jangan ganggu aku. Aku tak minat tahu !

And abang Zikrie bagitau yang adik sepupu dia macam curi curi amik number wan kat dalam handphone. Nama dia ........ Haishhh. Baru lah wan tahu siapa yang menganggu wan. Stress weiii ! Oh yaa abang Zikrie tu abang wan. HEHEHE ! Penasihat pakar cinta. Hahaha. Peace abang. (Y)

Tension wan hari hari mengacau, last last amik kau aku block. Puas hati aku ! Sorry la wan memang tak minat nak share or bagi number wan dengan orang yang wan tak kenal sangat. Wan bukan kaki perempuan nak layan semua perempuan. Tolong lah faham.

Lepas tu perempuan tu pun senyap jer, sebab dah kena block wan pun tak dapat nak baca text dia lagi. Hahaha, padan muka ! Jahat pulak rasanya. Takpe lahh sesekali. 

Dah lama gak perempuan tu tak contact last last ada number baru masuk, faham la aku perempuan tu yang text. Tak bosan ke kau terus terus mencuba ? Aku yang menyampah. Dia text time 9/4 haritu. Nak aku layan kau ! Lepas aku break aku memang tak layan semua number yang ada dalam list contact. Malasss ! Agaknya perempuan ni memang tak makan saman agaknya. Kau nak kena maki apa baru kau tak kacau aku. Kau jangan sampai jadi perempuan pertama aku maki hamun ! Aku ada gak tahap kesabaran.

 
I don't know laa perempuan ni text wan cakap wan sombong. Arhh ! Lantak kau arhh ! Malas aku nak layan. Tapi terima kasih cakap saya handsome. Hahaha. Hey ! Jangan lah desperate sangat kalau nak saya. Saya tak mahu lahh ! Cinta saya ni hanya untuk dia bukan awak. Lagipun saya tak kenal awak. Tolong jangan ganggu saya. *merayu*

Tetiba je time nak pi operation masuk chest tube kat part lung uh dia text lagi. Dia cakap "Assalamualaikum awak, maaf kalau jaja ganggu awak. Abang Zikrie bagitau saya yang awak nak di masukkan tube malam ni. Saya doakan awak selamat, walau awak tak mau kawan dengan saya, saya tetap doakan awak. Jangan takut tau, ingat Allah sentiasa. Assalamualaikum" Baik pulak budak ni dengan wan. Terima kasih ye. Nanti kalau saya rasa saya nak reply text awak saya reply lahh, kalau tak faham faham je lahh yang saya tak berminat ! S.O.R.R.Y !




No comments:

Post a Comment